TANAMAN BOTANIA
Pokok :
Pokok mangga sederhana besar mencapai ketinggian sehingga 10 – 40 m. Dahan
tumbuh secara bebas dan membentuk kanopi yang menyeluruh.
Daun :
Daun mangga berbentuk eliptik mudah terus membujur, tersusun secara spiral, 10
– 40 sm panjang dan 3 – 10 sm lebar. Berdaun lebat berwarna merah ke
cokelat hingga ke hijau terang bergantung kepada klon.
Bunga :
Mangga mengeluarkan dua jenis bunga iaitu bunga hermoprodite dan bunga jantan
di hujung tangkai-tangkai yang dewasa. Bunga hermoprodite biasanya mengandungi
1 – 40 % dari jumlah (200 – 10000) bunga pada setiap tangkai.
Buah :
Buah mangga terdapat dalam berbagai saiz dan bentuk mengikut klon. Kulitnya
berwarna hijau ke kuning atau merah ketika masak manakala isinya berwarna
kuning pucat hingga ke warna oren. Setiap buah mengandungi biji yang dilitupi
endokap bersabut keras. Kebanyakan jenis mangga di Asia Tenggara terdiri dari
poliembryonik iaitu mengeluarkan beberapa biji dari satu buah. Buah yang belum
masak boleh dibaut rojak atau dibuat jeruk, ini termasuk dikeringkan, diproses
menjadi jus, jam dan sebagainya.
Biji :
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh
penuh. Terdapat juga biji yang kesep.
Kultivar / Klon :
Sehingga kini hanya 4 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara
komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah MA
162, MA 165, MA 204 dan MA 224.
KEPERLUAN TANAMAN
Cuaca :
Tanaman mangga sesuai di mana keadaan kering agak panjang (di antara 2 – 4
bulan) dan ketika suhu berada sekitar 24 - 30ºC. Hujan diperlukan ketika
berbunga dan pembentukan buah.
Tanah :
Mangga boleh ditanam di pelbagai jenis tanah, terutama tanah dari jenis liat
berpasir dengan pH 5 hingga 7. Di Malaysia jenis tanah yang sesuai adalah dari
siri-siri Chuping, Dampar, Gajah Mati, Kangar, Penambang, Rasam dan Telemong.
Mangga juga boleh ditanam di tanah bekas lombong tetapi persediaan dan
penjagaan rapi perlu dititikberat.
AMALAN KULTUR
Bahan Tanaman :
Mangga pada kebiasaannya ditanaman secara pembiakan tampang, tut atau keadah
klip (cleft method) supaya pokok yang ditanam akan menyerupai pokok asal dan
mengeluarkan hasil dengan cepat.
Jarak Tanaman :
Jarak tanaman yang biasa digunkan adalah sistem empat segi dari 7.5 m X 7.7
(178/pokok/ha) hingga 10m X 10m (100/pokok/ha) bergantung kepada klon. MA 224
biasanya ditanam rapat jika dibandingkan dengan MA 165, MA 162 dan MA 204.
Menanam :
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan biarkan selama 2 – 4 minggu
supaya terdedah kepada cuaca. Bahan Organik atau kompos sebanyak 5 – 10
kg/lobang dan 200 gm/lubang CIRP dimasukkan ke dalam lubang. Tanam anak benih
dengan cermat supaya tidak mencederakan sistem akarnya.
Cantasan :
Cantasan dilakukan dengan kerap di semua peringkat pertumbuhannya. Di peringkat
permulaan, cantasan membentuk dilakukan supaya dapat mengawal ketinggian pokok
ketahap yang dikhendaki dan untuk mendapatkan dahan-dahan yang kuat dan
pengeluaran yang baik. Pokok yang matang juga dicantas selalu supaya dapat
mengurangkan pertumbuhan yang keterlaluan dan memastikan pembungaan yang
maksima.
Pembajaan :
Program pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:
i) ¼ daripada jumlah – ½ bulan sebelum berbunga
ii) ¼ daripada jumlah – semasa awal pembesaran buah (‘marble
stage’)
iii) ½ daripada jumlah.
Membungkus :
Membungkus buah dilakukan sebagai prosedur biasa daan boleh dilakukan
menggunakan kertas-kertas surat khabar lama semasa buah sebesar ibu jari untuk
mengurangkan penggunaan bahan kimia dan untuk mendapatkan kualiti buah yang
baik. Program secara koktail penyemburan racun serangga, kulat dan foliar boleh
dipraktikan.
Pengurusan Air :
Pengairan sangat penting di musim kemarau di tahun-tahun pertama pertumbuhan
(juvenile phase) dan semasa pembesaran buah. Walaubagaimana pun pokok tidak
digalakan diairkan semasa berbunga dan semasa buah sudah matang (ripening
stages).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan